PENGENALAN Bahasa Melayu telah pun tersebar luas di serata dunia semenjak zaman Kerajaan Melayu Melaka lagi, malahan bahasa Melayu telah digunakan untuk bahasa perhubungan dunia. Oleh itu, sudah sampai ketikanya kita melaksanakan persidangan yang bersifat global untuk memantapkan ‘Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Dunia’ kerana bahasa itu sudah lama mampu berperanan sebagai bahasa ilmu yang bertaraf dunia. Persidangan ini juga penting bagi merapatkan hubungan antara pakar bahasa dan pendidik dan menjadi medan bertukar-tukar pendapat antara pakar bahasa dari seluruh dunia bertempat di Johor Darul Takzim. OBJEKTIF i. Mengumpulkan dan mempertemukan pakar bahasa di peringkat antarabangsa untuk menggembleng tenaga bagi mencapai matlamat ‘Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Dunia’. ii. Mengenal pasti permasalahan dan cara terbaik untuk melaksanakan ‘Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Dunia’. iii. Menumpukan seluruh perhatian dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada negara dalam menyebarluaskan ‘Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Dunia’. iv. Mengambil tindakan untuk mewujudkan jaringan institusi pengajian Melayu sedunia, di samping memperkasakan Majlis Bahasa Melayu Antarabangsa.
PESERTA Pelawaan sebagai pembentang kertas kerja dan peserta seminar terbuka kepada kalangan pendidik di universiti tempatan dan antarabangsa, institusi pendidikan, pentadbir, penyelidik, pelajar siswazah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yayasan pelajaran, individu, serta kumpulan yang berminat membincangkan isu-isu bahasa secara ilmiah.
|
||